My Blog List

Sunday, 12 April 2015

LATAR BELAKANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG







Sekolah ini ditubuhkan disebabkan oleh pembinaan taman – taman perumahan dan kem tentera di sekitar Sungai Udang kerana sekolah menengah yang berhampiran dengan kawasan tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pelajar yang semakin bertambah.

Sekolah ini dibina pada April 1981 yang dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang sempena nama kawasan itu sendiri. Kedudukannya yang strategik iaitu terletak di persimpangan Jalan Sungai Udang, Bertam Ulu, dan laluan ke Masjid Tanah memudahkan penduduk di sekitar kawasan itu untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Joned Bin Haji Mohd. Said.

Kini, sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang lengkap untuk memastikan warga sekolah dapat menikmati suasana pembelajaran yang selesa. Sekolah ini termasuk dalam kategori sekolah menengah harian yang tidak disediakan kemudahan asrama kerana kebanyakan pelajar daripada sekolah ini tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah. Selain itu, jumlah pelajar yang 750 orang sahaja daripada tingkatan satu sehingga tingkatan lima menjadikan sekolah ini dijalankan hanya satu sesi iaitu pada waktu pagi. Seramai 67 orang guru yang ditugaskan untuk mendidik pelajar di sekolah ini.


Kebanyakan pelajar sekolah ini banyak memberi sumbangan dalam usaha mengharumkan nama sekolah khususnya dalam bidang kokurikulum iaitu menyertai Pasukan Kadet Bersatu Malaysia iaitu aktiviti berbentuk ketenteraan sehingga mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pada setiap tahun. Kedudukan kem askar yang berhampiran dengan sekolah merupakan salah satu faktor pelajar bergiat cemerlang dalam pasukan tersebut kerana mendapat latihan secukupnya daripada anggota tentera yang terlatih. Faktor genetik turut menjadi salah satu faktor pelajar minat untuk menyertai pasukan tersebut kerana mengikut jejak langkah ibu bapa mereka yang bertugas sebagai tentera. 

Misi sekolah ini ialah :


   Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
 

 
 Visi sekolah pula ialah :
 
  •  Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


Objektif SMK Sungai Udang ialah :

1.    Cemerlang dalam PT3 dan SPM

2.    Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, selesa, dan harmoni.

3.    Memastikan pelajar bersikap dinamik, mempunyai daya saing dan ketahanan yang kukuh serta mengamalkan budaya belajar kendiri.

4.    Mempunyai guru yang berdedikasi, kreatif, inovatif, berilmu, dan berakhlak tinggi.






No comments:

Post a Comment