Semasa hari pertama
saya melapor diri di sekolah tersebut, saya telah diamanahkan untuk mengajar
tiga subjek iaitu Bahasa Melayu bagi Tingkatan 4 Prinsip Akaun, Kesusasteraan
Melayu bagi Tingkatan 4 Sastera, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
bagi Tingkatan 2 Dedikasi untuk melengkapkan 12 jam kredit saya yang telah
ditetapkan dalam latihan mengajar.
Saya menghadiri
perhimpunan pagi dan diminta oleh guru penolong kanan 1 untuk memperkenalkan
diri di hadapan guru – guru dan pelajar. Selepas itu, saya berjumpa dengan guru
pembimbing iaitu Puan Sapiah Binti Eberahim yang membimbing dan menilai saya
sepanjang latihan mengajar saya di sekolah tersebut.
Saya kenangan manis dan
pahit yang telah saya lalui selama 16 minggu bersama warga SMK Sungai Udang.
Saya memahami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada pelajar melalaui
bimbingan dan penilaian yang telah dilakukan oleh guru pembimbing dalam menarik
minat mereka untuk menumpukan perhatian di dalam bilik darjah. selain itu, saya
turut didedahkan dengan aktiviti dan perkara luar bilik darjah seperti aktiviti
kokurikulum dalam meningkatkan kemahiran saya dalam profesion perguruan yang
sebenar.
Antara cabaran yang
saya hadapi semasa menjadi sebahagian warga sekolah ini ialah saya perlu
berhadapan dengan segelintir pelajar yang kerap melanggar disiplin sekolah
seperti ponteng, merokok, buli, dan sebagainya. Saya perlu memikirkan strategi
yang baik dalam menarik minat mereka untuk terus belajar dan menjauhkan diri
mereka daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Namun begitu, saya
tidak mengambil masa yang lama menghadapi masalah ini kerana saya sering
menggunakan prinsip ‘saling menghormati’ semasa sesi pengajaran di dalam bilik
darjah. Saya turut menggunakan bahan bantu mengajar yang baik seperti peta I-Think dalam memberi penerangan kepada
sesuatu topik mata pelajaran. Sesungguhnya, peta I-Think yang baharu
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia membantu saya sebagai bahan
bantu mengajar dengan baik kerana pelajar lebih mudah memahami isi – isi
penting sesuatu topik melalui pengkelasan dalam peta tersebut. Saya juga
menggunakan segala prasarana yang disediakan oleh pihak kementerian kepada
warga sekolah seperti kemudahan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Saya kerap menggunakan tayangan slaid terutamanya dalam pengajaran KOMSAS iaitu
menayangkan video – video berkaitan dengan set induksi untuk topic yang
diajarkan pada hari tersebut.
Intihanya, banyak
kenangan manis yang saya mampu lakarkan bersama warga SMK Sungai Udang, Melaka.
Kawasan Sungai Udang ini saya menjejaki buat kali yang pertama banyak mengajar
saya erti kehidupan yang sebenar. Saya turut mempelajari budaya dan tradisi
masyarakat Melaka yang sememangnya terkenal dengan pertuturan bahasa yang agak
kasar tetapi sebenarnya mereka sangat berbudi bahasa dan baik dalam menyambut
tetamu luar.
Antara kenangan manis yang sempat saya lakarkan bersama warga SMK Sungai Udang ialah :
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah
Sambutan Bulan Kemerdekaan
Hari Terakhir Sebagai Guru Pelatih
No comments:
Post a Comment