Definisi
Pemikiran merupakan
proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Proses ini melibatkan
aktiviti – aktviti menyusun idea atau perkara yang tersembunyi dalam membuat
kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baharu yang boleh digunakan
dalam penyelesaian sebarang masalah. Pemikiran juga boleh ditakrifkan sebagai
proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang berkaitan dengan melibatkan
penggunaan pandanga, gambaran, symbol, perkataan, akal, dan rangsangan yang tersembunyi.
Proses berfikir terdiri
daripada interaksi yang berlaku antara ketiga – tiga elemen seperti
pengetahuan, kemahiran kognitif, sikap dan nilai.
Konsep
Kemahiran Berfikir
Terdapat beberapa
konsep yang sering digunakan dalam kemahiran berfikir seperti pemikiran kritis,
pemikiran kreatif, dan kemahiran berfikir aras tinggi. Menurut Beyer (1985), pemikiran kritis
ialah process of determining the
authenticity, accuracy and worth of information or knowledge claim. Beliau
menambah bahawa pemikiran kritis mempunyai dua dimensi utama iaitu kerangka
minda dan beberapa operasi mental yang spesifik.
Menurut
Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir dapat dikaitkan dengan pemikiran
lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, tetapi juga
melihat perkara itu berdasarkan pelbagai perspektif bagi tujuan menyelesaikan
masalah . Bagi Mayer (1977) pula, pemikiran ialah pengelolaan operasi-operasi
mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif bagi tujuan
menyelesaikan masalah.
Alvino
(1990), pula mengemukakan beberapa definisi yang dianggap mempunyai kaitan
dengan konsep kemahiran berfikir ini. Antaranya:
a)
Taksonomi Blooms: Model pengajaran yang
popular dalam mengkategorikan kemahiran berfikir daripada pengetahuan konkrit
kepada abstrak, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Tiga
kategori yang akhir dianggap kemahiran aras tinggi.
b) Pemikiran kreatif: Cara melihat atau
melakukan sesuatu berdasarkan empat komponen iaitu kelancaran dalam menjana
idea, fleksibiliti (mengubah perspektif dengan mudah), ketulenan (menggambarkan
sesuatu yang baru dan asli) dan elaborasi (membina idea yang lain).
c) Pemikiran kritis: Proses dalam
menghuraikan ketulenan, ketepatan atau pun nilai bagi sesuatu perkara iaitu ciri-ciri
bagi kebolehan mencari sebab dan alternatif, melihat situasi secara
keseluruhan, dan mengubah pandangan berdasarkan bukti. Pemikiran ini juga dipanggil sebagai pemikiran logikal dan
pemikiran analitikal.
d) Kemahiran berfikir: satu set kemahiran
yang asas dan lanjutan serta subkemahiran yang menguasai proses mental
seseorang. Kemahiran ini mengandungi pengetahuan, kecenderungan dan operasi
kognitif dan metakognitif.
Teknik-teknik dalam Kemahiran
Berfikir
Teknik-teknik
yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara analitis, krisis
dan rasional boleh didapati daripada Cort Thinking Programme yang disediakan
oleh Dr. Edward de Bono. Mengikut beliau, kemahiran berfikir seseorang pelajar
boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti berikut;
a) Mengadakan perbincangan antara pelajar
dalam sesuatu kumpulan kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea atau isu
semasa dari segi kebaikannya dan kelemahannya.
b) Menggunakan teknik menyelesaikan masalah
yang sesuai untuk mencari sesuatu aternatif, kemungkinan atau pilihan untuk
membuktikan hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan.
c) Membimbing pelajar supaya
mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau semasa membuat
keputusan.
d) Membimbing pelajar meneliti segala
akibat (berikut sesuatu tindakan) yang mungkin berlaku dalam masa jangka pendek
serta masa jangka panjang.
e)
Membimbing pelajar meninjau sesuatu idea
atau pendapat dari sudut pandangan orang lain.
f) Membimbing pelajar supaya memahami dan
menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara
yang tepat.
No comments:
Post a Comment