My Blog List

Sunday, 12 April 2015

KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

Definisi



Kemahiran berfikir secara kritis ialah daya intelektual, moral, dan ikhtiar seseorang untuk membangun, mepertajam, memperhalusi, dan mengembangkan sesuatu ilmu tersebut. Selain itu, pemikiran kritis ini dikenali sebagai pemikiran reflektif yang berusaha untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak sesuatu maklumat. Pemikiran ini juga menekankan fakta yang benar atau salah, persoalan bahasa sama ada jelas atau tidak khususnya dalam susunan hujah dalam sesuatu perkara. Som dan Mohd Dahalan (1999), mentakrifkan pemikiran kritis sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kekemasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah serta membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang kukuh. 

Komponen Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran


  1. Mencirikan   





  Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek
   Kemahiran ini digunakan untuk:
  •     Mendefinisikan konsep atau item
  •    Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

Contoh kaedah pengajaran yang telah digunakan oleh guru ialah :



Guru meminta pelajar menyatakan ciri – ciri pelajar cemerlang. Guru menyerahkan beberapa keratan mengenai rahsia kejayaan pelajar cemerlang dalam peperiksaan. Selepas itu, pelajar akan mengekelaskan ciri – ciri pelajar cemerlang secara berkumpulan dan berkongsi jawapan mereka bersama rakan yang lain. Selain penggunaan kertas sebak dan pen marker dalam menulis jawapan mereka melalui hasil perbincangan tersebut. Antara contoh petikan yang digunakan oleh guru ialah 










Selain itu, guru turut menggunakan komponen mencirikan dalam kemahiran berfikir secara kritis ini iaitu semasa mengajar KOMSAS. Guru akan meminta pelajar mengenal pasti komponen sastera yang perlu dikaji dalam puisi, prosa, novel, dan sebagainya. Guru mengarahkan pelajarnya agar menyatakan tema, persoalan, plot, watak dan perwatakan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam bentuk peta minda. Contoh pengajaran KOMSAS Tingkatan 4 iaitu :




2. Membanding dan Membezakan


  •   Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.


  •  Kemahiran ini digunakan apabila :

  1. Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.
  2. Membuat pilihan atau keputusan.

Guru menunjukkan dua buah telefon yang berbeza untuk set induksi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa orang pelajar diminta untuk menyatakan perbezaan tersebut. Perbezaan yang dinyatakan oleh pelajar merangkumi saiz, kegunaan, dan sifat fizikal bagi kedua – dua buah telefon tersebut. 



Set Induksi



Paparan Slaid Tentang Penggunaan Telefon Pintar



Selain itu, guru turut menggunakan teknik peta minda dalam membina isi karangan agar dapat membantu pelajar menulis sebuah karangan dengan baik. Perkara utama yang perlu difahami oleh pelajar sebelum menjawab karangan tersebut ialah memahami kehendak soalan. Selepas itu, pelajar yang telah memahami kehendak soalan mencari isi penting yang sesuai untuk menulis karangan. Misalnya, guru telah berbincang dengan pelajar tentang kebaikan dan keburukan internet. 




3. Menganalisis
-          Mengesan kecondongan


Guru meminta pelajar menganalisis jensis ayat berdasarkan petikan yang diberi. Antara jenis ayat yang dipelajari ialah ayat tanya, ayat penyata, ayat seru, ayat perintah, ayat silaan, dan sebagainya.

Antara contoh latihan mengenai analisis ayat tersebut ialah :






No comments:

Post a Comment