Definisi
Kemahiran berfikir
secara kritis ialah daya intelektual, moral, dan ikhtiar seseorang untuk
membangun, mepertajam, memperhalusi, dan mengembangkan sesuatu ilmu tersebut. Selain
itu, pemikiran kritis ini dikenali sebagai pemikiran reflektif yang berusaha
untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak sesuatu maklumat.
Pemikiran ini juga menekankan fakta yang benar atau salah, persoalan bahasa
sama ada jelas atau tidak khususnya dalam susunan hujah dalam sesuatu perkara. Som
dan Mohd Dahalan (1999), mentakrifkan pemikiran kritis sebagai kecekapan dan
keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu
idea, meneliti kekemasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah serta membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang kukuh.
Komponen Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
- Mencirikan
Mengenal pasti kriteria seperti ciri,
sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek
Kemahiran ini digunakan untuk:
- Mendefinisikan konsep atau item
- Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.
Contoh kaedah
pengajaran yang telah digunakan oleh guru ialah :
Guru meminta pelajar menyatakan ciri – ciri pelajar
cemerlang. Guru menyerahkan beberapa keratan mengenai rahsia kejayaan pelajar
cemerlang dalam peperiksaan. Selepas itu, pelajar akan mengekelaskan ciri –
ciri pelajar cemerlang secara berkumpulan dan berkongsi jawapan mereka bersama
rakan yang lain. Selain penggunaan kertas sebak dan pen marker dalam menulis
jawapan mereka melalui hasil perbincangan tersebut. Antara contoh petikan yang
digunakan oleh guru ialah
Selain
itu, guru turut menggunakan komponen mencirikan dalam kemahiran berfikir secara
kritis ini iaitu semasa mengajar KOMSAS. Guru akan meminta pelajar mengenal
pasti komponen sastera yang perlu dikaji dalam puisi, prosa, novel, dan
sebagainya. Guru mengarahkan pelajarnya agar menyatakan tema, persoalan, plot,
watak dan perwatakan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam bentuk peta
minda. Contoh pengajaran KOMSAS Tingkatan 4 iaitu :
2. Membanding dan
Membezakan
- Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
- Kemahiran ini digunakan apabila :
- Terdapat
dua atau lebih ciri atau kemungkinan.
- Membuat
pilihan atau keputusan.
Guru
menunjukkan dua buah telefon yang berbeza untuk set induksi sebelum memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa orang pelajar diminta untuk
menyatakan perbezaan tersebut. Perbezaan yang dinyatakan oleh pelajar
merangkumi saiz, kegunaan, dan sifat fizikal bagi kedua – dua buah telefon
tersebut.
Set Induksi
Paparan Slaid Tentang Penggunaan Telefon Pintar
Selain
itu, guru turut menggunakan teknik peta minda dalam membina isi karangan agar
dapat membantu pelajar menulis sebuah karangan dengan baik. Perkara utama yang
perlu difahami oleh pelajar sebelum menjawab karangan tersebut ialah memahami
kehendak soalan. Selepas itu, pelajar yang telah memahami kehendak soalan
mencari isi penting yang sesuai untuk menulis karangan. Misalnya, guru telah
berbincang dengan pelajar tentang kebaikan dan keburukan internet.
3. Menganalisis
-
Mengesan kecondongan
Guru
meminta pelajar menganalisis jensis ayat berdasarkan petikan yang diberi. Antara
jenis ayat yang dipelajari ialah ayat tanya, ayat penyata, ayat seru, ayat
perintah, ayat silaan, dan sebagainya.
Antara
contoh latihan mengenai analisis ayat tersebut ialah :